Sunday, 18 November 2012

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Assalamualaikum kepada semua warga blogger.. Hari ini saye nak memperkenalkan kepada korang semua tentang tugasan Pembantu Pengurusan Murid.(PPM)
Pembantu Pengurusan Murid(PPM) ni sebenarnya bukan hanya membantu guru mengendalikan murid di Pra Sekolah sahaja, tetapi  juga di Program Pendidikan Khas, dan Asrama Desa.
Skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) ini diletakkan di bawah
Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan dengan diberi gred gaji N17, N22.
Syarat lantikan ke skim perkhidmatan ini ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta lulus
Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat peperiksaan tersebut atau
memiliki kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Untuk makluman korang semua, bidang tugas PPM ini adalah meliputi aspek :

           A. Pembantu Pengurusan Prasekolah

1. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.
2. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan
    pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.
3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan
    membersih serta menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.

          B. Pembantu Pengurusan Murid  Asrama dan Pendidikan Khas

1. Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid-murid peringkat sekolah rendah
   daripada semua aspek pengurusan diri di asrama.
2. Membimbing/melatih/mengasuh kanak-kanak istimewa/murid-murid peringkat
    sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan,
    akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri/kawasan sekitar.
3. Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau bermasalah emosi.
4. Mengawasi keselamatan murid.
5. Menjadi pengantara dengan ibu/bapa murid.

Sumber dipetik daripada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003
Setakat ni dulu yang dapat saya kongsikan kepada korang tentang bidang tugas seorng Pembantu Pemgurusan Murid (PPM). Ada masa kiter jumpa lagi...



6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. SIS..NATI BLH X EMAIL KITA BIEBUCUK88@YAHOO.COM..BLH SHARE NATI INTERVIEW DORG TNY PE..SBB KITA DPT INTERVIEW

    ReplyDelete
  3. sy ade dpt interview 23/6 ni..selalu soalan ape yg diajukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye suzy cmne interview...leh share x soalan ape yg dtnye smse intview...tmksih..bleh email sy x farahbikers@gmail.com

      Delete
  4. Ppm boleh ke buat kerja pejabat? Contohnya PAP yg berpencen blm diganti , ppm diminta ganti sehingga PAP br smpi..tp dh 4 thn jaw.tu x berganti..

    ReplyDelete