SEGUMPAL BENANG
Thursday, 10 October 2013
Monday, 14 January 2013
SEPANJANG CUTI SEKOLAH
Cuti persekolahan akan berakhir sehari dua lg. tp baru hari ni aku sempat nk post, tentang kerja waktu cuti kiteorg.. Ada org beranggapan keje cam kiteorg ni, wktu cuti blh goyang kaki. mmg silap besar la. Belum pn bermula cuti check list dh pnjg berjela2.
Ni aktiviti yang julung kali diadakan..mencuci kelas... Kelas aku ni di langgar najis burung.. habis 1 kelas bau najis burung, jd terpaksa la aku mencuci kelas tu..
Bila dh bersih baru la semangat nk hias kelas..
Skrg ni x sempat lak nk citer selepas kelas aku di ceriakan.. Lain kali kite jumpa lg ek...
Sekian..wassalam...
Ni la kerja pertama yang aku buat selepas balik bercuti dari legoland. Mengikut kata gpk aku, benda yang nk dicipta ni namanya biorama. Ada 4 kategori semuanya iaitu buah-buahan,haiwan liar,haiwan peliharaan, dan sayur-sayuran.
Tngok mcm senang al-maklum la tengok kan,ape yang susahnya. tapi buatnya menguji kesabaran, payah nk lekat. Oleh kerana ade salah seorng dr kami ni mmg serba tahu dalam segala hal, mmg x jd masalah.
Ni lah dia hasilnya, maaf la terteleng siket gambar tu.. ni baru gambar buah-buahan ade 3 lg yang perlu diselesaikan.
Bila dh bersih baru la semangat nk hias kelas..
Skrg ni x sempat lak nk citer selepas kelas aku di ceriakan.. Lain kali kite jumpa lg ek...
Sekian..wassalam...
Sunday, 18 November 2012
BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID
Assalamualaikum kepada semua warga blogger.. Hari ini saye nak memperkenalkan kepada korang semua tentang tugasan Pembantu Pengurusan Murid.(PPM)
Pembantu Pengurusan Murid(PPM) ni sebenarnya bukan hanya membantu guru mengendalikan murid di Pra Sekolah sahaja, tetapi juga di Program Pendidikan Khas, dan Asrama Desa.
Skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) ini diletakkan di bawah
Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan dengan diberi gred gaji N17, N22.
Syarat lantikan ke skim perkhidmatan ini ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta lulus
Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat peperiksaan tersebut atau
memiliki kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Untuk makluman korang semua, bidang tugas PPM ini adalah meliputi aspek :
A. Pembantu Pengurusan Prasekolah
1. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.
2. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan
pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.
3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan
membersih serta menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.
B. Pembantu Pengurusan Murid Asrama dan Pendidikan Khas
1. Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid-murid peringkat sekolah rendah
daripada semua aspek pengurusan diri di asrama.
2. Membimbing/melatih/mengasuh kanak-kanak istimewa/murid-murid peringkat
sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan,
akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri/kawasan sekitar.
3. Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau bermasalah emosi.
4. Mengawasi keselamatan murid.
5. Menjadi pengantara dengan ibu/bapa murid.
Sumber dipetik daripada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003
Setakat ni dulu yang dapat saya kongsikan kepada korang tentang bidang tugas seorng Pembantu Pemgurusan Murid (PPM). Ada masa kiter jumpa lagi...
Friday, 16 November 2012
SEHARI DI LEGOLAND
Tercapai jg hasrat nk menjejakkan kaki ke legoland. Itu pn atas tiket free.nk harap beli sendiri, mmg tak la.
Orng punyala ramai, sampaikan waktu beratur untuk masuk mengambil masa hampir setengah jam..
Inilah dia gambaran Legoland yang menjadi kebanggaan Malaysia.. Ni baru kt luar. belum kt dlm lg.
Cuaca hari ni mmg panas, tapi berbaloi dengan permainan yang ada kt dlm tu..
Ni la permainan yang pertama dan terakhir aku cuba..lepas ni tobat tak naik roller coster lg.. Macam nk tercabut jantung..
pening kepala sampai ke malam masih terasa..
Ni slot yang aku paling suka. Rasa mcm nk masuk lagi dan lagi. Tayangan gambar 4D.
Memang real, semua yang dilakonkan seolah-olah di depan mata kita.
Sampai dapat rasa percikan salji dan air. Basah la juga..
Ni tempat terakhir pergi, sebab lepas ni kaki aku pn dh melecet..anak aku pn dh letih,ngantuk.
Land of adventure ni rasa mcm kite ade kt zaman firaun.
Pendek kata, keseronokan yang ada kt legoland x dapat di ceritakan..
Korang mesti rasa sendiri. baru tau.
Thursday, 15 November 2012
PERMATA HATI MAMA
Salam ukhwah..salam perkenalan..Saye ni warga baru blogger, salah dan silap harap maafkan.
Saya seorng Pembantu pengurusan Murid Di Pendidikan Khas Intergrasi S.K. Seri Makmur.
Kehidupan saya memang penuh dengan cabaran dan dugaan, terutama sekali nk membesarkan anak yang tersayang. Nurul Ain Syathirah.
Semoga saya diberikan kesabaran dan kekuatan dari Allah untuk membesarkan Nurul Ain supaya menjadi insan yang menjadi kebanggaan mama..
Saya seorng Pembantu pengurusan Murid Di Pendidikan Khas Intergrasi S.K. Seri Makmur.
Kehidupan saya memang penuh dengan cabaran dan dugaan, terutama sekali nk membesarkan anak yang tersayang. Nurul Ain Syathirah.
Semoga saya diberikan kesabaran dan kekuatan dari Allah untuk membesarkan Nurul Ain supaya menjadi insan yang menjadi kebanggaan mama..
Subscribe to:
Posts (Atom)